Gangguan Internet Berlanjutan Sehingga 4 Januari

Gangguan Internet Berlanjutan Sehingga 4 Januari

Diterbitkan pada Dis 30, 2008 oleh .

Gangguan talian internet yang dihadapi baru-baru ini, dan yang mana sebelum ini dijangka akan dibaik pulih sebelum menjelang tahun 2009, nampaknya menemui jalan buntu, apabila kabel bawah tanah putus lagi buat kali kedua.

Kabel yang putus sebelum ini, iaitu kabel Sea Me We 4 telah pun siap diperbaiki sepenuhnya pada Disember 25, tetapi masalah dihadapi apabila kabel yang sama putus buat kali kedua, tetapi di kawasan yang lain, iaitu lebih kurang 388 kilometer daripada Alexandria, Mesir.

Kumpulan yang sebelum ini memperbaiki kabel tersebut, terpaksa pulang dan mengambil kabel tambahan untuk memperbaikinya, yang mana kerja membaik-pulih dijangka akan dimulakan pada 31 Disember, dan dijangka talian internet kembali pulih pada 4 atau 5 Januari 2009.

Sebelum ini, kabel tersebut terputus buat pertama kali pada 19 Disember mengakibatkan gangguan hubungan internet antara Eropah dengan Afrika dan Asia.


TIPS & ULASAN