Cari @ Amanz

Mungkin ramai penulis blog di tanah air sudah pun mengenali dengan laman penanda yang popular, Negaraku. Kini, laman Negaraku menghadapi masalah apabila ianya dilanda dengan spam-spam yang boleh mengakibatkan para penggunanya lari ke laman penanda yang lain.

Negaraku Di Landa Spam
Laman Negaraku.net Di Landa Spam

Sebelum ini, laman Negaraku menjadi minat para pengguna apabila ianya memperkenalkan plugin untuk WordPress serta beberapa cara untuk menambah link untuk menandakan artikel penulis blog terus ke laman Negaraku dengan mudah.

Beberapa laman tempatan lain yang menyediakan fungsi yang sama adalah seperti Fark.mY, Innit daripada Nuffnang, RockMyVote, dan Malaysia Stories. Sebelum ini, laman yang pernah gah sebelum ini, iaitu Digg Malaysia, kini tidak lagi mendapat perhatian penulis blog disebabkan lambakan spam pada laman mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd