Cari @ Amanz

Mozilla Firefox 3 Download Day 2008Ingat lagi berkenaan Download Day 2008 yang dianjurkan oleh pihak Mozilla. Teka teki mengenai tarikh pengeluaran Mozilla Firefox 3 akhirnya terjawab juga. Pada 17 Jun ini, Mozilla Firefox 3 bakal dikeluarkan kepada orang ramai. Ketika artikel ini ditulis, seramai 7,246 orang dari Malaysia telah menyahut cabaran menjadikan seramai 1,264,493 secara keseluruhannya.

Mozilla Firefox merupakan pelayar laman web sama seperti Internet Explorer tetapi dengan fungsi dan ciri-ciri yang lebih menarik. Versi ke-3 Mozilla Firefox amat dinanti-nanti para pengguna dengan fungsi dan sekuriti yang lebih baik. Mari kita saksikan versi terbaru Mozilla Firefox 3 yang bakal dikeluarkan pada hari Selasa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd