GMail telah menambah beberapa fungsi baru yang mana membolehkan para pengguna mengetahui siapa yang menggunakan akaun mereka disamping dari mana mereka log masuk ke akaun mereka.
Laporan Ringkas di Bahagian Bawah GMail
Dengan ini juga anda boleh mengetahui dari mana anda login akaun GMail anda dan bila. Anda hanya perlu klik pada pautan Details pada bahagian bawah GMail anda dan sebuah laporan ringkas akan ditunjukkan.
Log Keluar Ke Semua Lokasi Dengan Satu Klik
Dengan kemudahan ini, anda boleh memastikan kesemua aktiviti GMail yang dilakukan oleh anda. Selain daripada itu, salah satu perkara yang menarik ialah, sekiranya anda terlupa untuk log keluar akaun GMail anda di rumah atau di pejabat, kini anda boleh lakukannya dengan hanya satu klik, iaitu dengan klik pada “Sign out all other sessions“.