Carian
Sumber Terbuka dan Linux Sepanjang 2008
December 31, 2008 Aman

Sumber terbuka dan juga sistem operasi Linux mendapat perhatian ramai pada tahun 2008. Berikut merupakan koleksi berita-berita menarik berkenaan dengan Sumber Terbuka dan juga Linux sepanjang tahun 2008 untuk tatapan bersama.

Mozilla Firefox 3

Pelayar web yang diminati ramai daripada Mozilla ini membuat sejarah dan rekod dunia apabila menjadi perisian yang dimuat-turun oleh paling ramai pengguna dalam tempoh 24 jam. Mozilla membawakan masa loading yang lebih pantas melalui Mozilla Firefox 3, disamping kini sedang bereksperimen dengan Minefield. Selain daripada itu, mereka juga sedang membangunkan pelayar web Firefox mudah-alih yang diberi nama Mozilla Fennec yang mana mungkin dikeluarkan pada tahun hadapan.

OpenOffice.org 3.0

Sama seperti Mozilla, pihak pembangun OpenOffice.org turut mengeluarkan versi ke-tiga perisian mereka iaitu OpenOffice 3.0. Kini, mereka turut menyokong platform Mac, disamping kebolehan untuk turut membuka fail-fail yang disimpan dalam bentuk Office 2007.

Ubuntu 8.04 dan Ubuntu 8.10

Ubuntu 8.10
Antaramuka Ubuntu 8.10

Para pengguna Linux makin meningkat hari demi hari. Salah satu sebab utamanya adalah hasil daripada pengenalan sistem operasi Ubuntu. Ubuntu 8.04 memperkenalkan antaramuka yang baru. Komuniti Ubuntu tempatan juga amat aktif. Makin ramai pengguna tempatan yang kini menggunakan Ubuntu sebagai sistem operasi kedua mereka. Mungkin tidak lama lagi, ianya akan digunakan sebagai sistem operasi utama mereka.

OpenSolaris 2008.11

Jikalau Canonical membawakan Ubuntu, OpenSolaris pula dibangunkan oleh Sun Microsystem. Mungkin tahun 2009 akan menjadikan OpenSolaris antara pesaing terdekat Ubuntu, kerana kini Sun Microsystem turut mengambil pendekatan untuk memberikan CD percuma kepada para pengguna seluruh dunia yang ingin mencubanya.

Fedora 10

Komuniti Fedora turut memperbaharui sistem operasi mereka dengan teknologi-teknologi baru, dan turut membawakan antaramuka desktop yang baru dan lebih menarik berbanding sebelumnya. Fedora juga dikatakan kini bernilai lebih $10.8 billion.

Amarok 2.0

Pemain muzik untuk platform Linux ini mendapat perhatian dan pujian ramai, apabila mereka memperkenalkan antaramuka dan rekabentuk yang baru bagi pemainnya. Selain daripada itu, mungkin tidak lama lagi akan dikeluarkan versi Mac dan juga Windows untuk Amarok 2.0 ini.

SongBird 1.0

SongBird 1.0
Antaramuka SongBird 1.0

Lagi satu pemain media yang memulakan pembangunan pada awal tahun 2008, dan telah pun mengeluarkan versi 1.0 mereka. SongBird 1.0 turut dibangunkan menggunakan kod sumber Mozilla, yang membolehkan anda menambah plugin dan addon sama seperti yang anda lakukan pada Firefox.

Android

Google telah mengeluarkan kod sumber Android kepada orang ramai, yang mana membolehkan sesiapa sahaja mengubahnya dan menggunakannya tanpa sebarang bayaran dan royalti. Malay, Google sendiri telah mengeluarkan telefon bimbit yang menggunakan kod sumber Android dengan kerjasama bersama T1 Mobile.

Adakah saya tertinggal sebarang perkara? Tinggalkannya di bahagian komen.

Komen