Bangunkan Enjin Carian Anda Sendiri Menggunakan BOSS

Bangunkan Enjin Carian Anda Sendiri Menggunakan BOSS

Diterbitkan pada July 10, 2008 oleh .

Dalam usaha untuk memenangi persaingan jumlah penggunaan enjin carian bersama Google, Yahoo! telah melancarkan projek baru yang mana membolehkan sesiapa sahaja membangunkan enjin carian persendirian menggunakan teknologi Yahoo!.

Y! BOSS
Logo Y! BOSS

Servis tersebut, yang mana dipanggil sebagai BOSS (Build your Own Search Service) membolehkan seseorang membangunkan laman web persendirian dengan memasukkan kotak carian, seterusnya menghantar carian yang dibuat kepada BOSS, dan seterusnya menayangkan keputusan daripada enjin carian Yahoo! mengikut kriteria yang ditetapkan pemilik.

BOSS API (Application Programming Interface) adalah percuma untuk digunakan, walaubagaimanapun, setiap pengguna harus menunjukkan iklan carian (search ads) dilaman mereka.

Antara kebolehan yang ditawarkan oleh BOSS buat masa ini ialah;

  • Menyusun dan mengabungkan keputusan carian – Para pengguna BOSS boleh menyusun kembali keputusan carian mengikut kriteria kesukaan mereka
  • Antaramuka yang fleksibel – Pengguna BOSS bebas mempersembahkan keputusan carian menggunakan antaramuka kegemaran mereka tanpa perlu sebarang logo dari Yahoo!
  • Web, Berita, dan Imej – Buat masa ini, para pembangun mempunyai akses kepada carian web, berita dan juga imej dan perkara ini akan ditambah dari masa ke semasa
  • Tiada Had Carian – Tiada had carian yang dikenakan keatas carian yang dilakukan melalui BOSS
  • Selain daripada itu, pihak Yahoo! juga sedang berkolobrasi dengan syarikat-syarikat internet yang lain supaya dapat mewujudkan sebuah enjin carian yang menarik minat para pengguna. Anda boleh mempelajari lebih lanjut mengenai BOSS Custom di laman utama mereka.

    Mungkin ramai yang masih ragu-ragu bagaimana BOSS ini berfungsi. Untuk mendapatkan gambaran awal, anda boleh melayari beberapa laman yang menggunakan BOSS seperti Me.dium, Hakia, Cluzz, dan juga Daylife To-Go.


    TIPS & ULASAN