Carian
Joomla Day Kembali Untuk 2008
July 11, 2008 Aman

Setelah berjaya menganjurkan Joomla-Day pertama tahun lepas, kini untuk tahun ini ianya kembali semula. Pada tahun ini, ia dijangka diadakan pada 2 Ogos 2008 bertempat di Cititel Hotel, Mid Valley Megamal, Kuala Lumpur.

Joomla Day

Joomla Day adalah salah satu aktiviti komuniti, disamping bertemu dengan pakar-pakar Joomla dari tanah air dan luar negara. Joomla Day Malaysia pada tahun ini akan fokus kepada:

  • Pengenalan kepada pembangunan laman web menggunakan Joomla
  • Pembangunan komponen pihak ketiga untuk Joomla
  • Pembangunan template untuk Joomla
  • Soal Jawab mengenai Joomla
  • …dan pelbagai perkara lain berkenaan Joomla
  • Sekiranya anda berminat, anda boleh mendaftarkan diri anda sekarang pada harga RM75.00 (pelajar, ahli Joomla.org) dan RM150.00 (kakitangan swasta, kerajaan, freelancer). Anda juga akan mendapat pelbagai barangan menarik seperti tshirt Joomla dari Jerman, komponen tambahan Joomla, live-CD Joomla dan sebagainya.

    Komen