Dunia Maya Versi Google

Dunia Maya Versi Google

Diterbitkan pada July 11, 2008 oleh .

Google Lively adalah salah satu persekitaran maya yang diwujudkan oleh Google, sama seperti instant messaging dan juga dunia maya – Second Life. Buat masa ini, Lively hanya disokong oleh Internet Explorer atau Mozilla Firefox yang digunakan pada Windows XP atau Vista. Menurut Google, program ini dalam pembangunan untuk versi Mac dan juga Linux.

Antaramuka Lively
Antaramuka Google Lively

Melalui Google Lively, sehingga 20 orang boleh menyertai sesuatu bilik dan chat antara satu sama lain. Para pengguna juga boleh mereka-bentuk persekitaran maya mereka sendiri, disamping memasukkan video dari laman YouTube dan gambar dari laman Picasa, seperti mengantung gambar di dinding.

Para pengguna juga boleh memasukkan embed bilik chat ke dalam blog atau laman web, dimana para pengunjung boleh serta merta mengetahui cita rasa penulis laman tersebut. Anda juga boleh mengubah karektor anda (avatar) supaya memenuhi citarasa anda.

Antaramuka Google Lively
Antaramuka Google Lively

Google juga telah mengesahkan bahawa aplikasi Lively untuk MySpace dalam pembinaan.


TIPS & ULASAN