Cari @ Amanz

Kerajaan India dengan kerjasama Kementerian Sains dan Teknologinya akan mempertontonkan laptop yang paling murah setakat ini, yang mana berharga Rs 500 (RM40) sahaja pada 3 Februari ini. Laptop ini bakal dilengkapi dengan RAM sebanyak 2GB, termasuk sokongan WiFi dan penggunaan tenaga yang amat rendah, iaitu hanya sebanyak 2W sahaja.

Yang masih menjadi tanda tanya ramai pihak adalah bagaimana kosnya boleh dikurangkan sedemikian rupa, sekaligus menjadikannya laptop yang mampu dimiliki oleh kesemua pihak dan pengguna. Buat masa ini, kosnya dikatakan mencecah Rs 1000 (RM80), walaubagaimanapun, ianya dijangka mencecah Rs 500 (RM40) apabila ianya dihantar untuk pengeluaran secara besar-besaran.

Kini, tarikh 3 Februari menjadi tarikh yang amat dinanti-nanti oleh kesemua pihak, kerana kerajaan India bakal mempertontonkannya pada hari tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd