Cari @ Amanz

Kini anda tidak lagi perlu memuat-turun sistem operasi Windows 7 secara haram, apabila hari ini Microsoft sendiri membenarkan Windows 7 Beta dimuat-turun secara percuma. CEO Microsoft hari ini mengumumkan bahawa para pelanggan TechNet dan juga MSDN boleh memuat-turunnya secara percuma ketika berucap di CES 2009.

Windows 7 Beta
Antaramuka Windows 7

Sekiranya anda merupakan salah seorang pelanggan TechNet atau MSDN, anda boleh memuat-turunnya sekarang secara percuma dengan mudah. Melaluinya, Microsoft berharap para pembangun dan sesiapa sahaj yang memuat-turunnya akan mencuba sistem operasi terbaru daripada Microsoft itu, dan mula menguji dan mempelajari sistem operasi terbaru itu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd