Cari @ Amanz

GDrive atau pun Google Drive semakin menghampiri kenyataan apabila petanda demi petanda ditemui dari masa ke semasa, yang mana mengatakan Google bakal memperkenalkannya tidak lama lagi. Terbaru, hari ini, petanda terbaru diperlihatkan melalui salah satu fail javascript di halaman Google Pack yang mana menerangkan mengenai GDrive.

GDrive Pada JS
GDrive Pada Fail JS [via]

Melalui fail tersebut, Google mengkategorikan GDrive sebagai tempat simpanan dan backup secara dalam talian. Selain daripada itu, penerangan mengenai GDrive juga ditambah oleh Google. Melaluinya, Google menerangkan bahawa GDrive menyediakan ruangan untuk menyimpan semua jenis fail termasuk gambar, muzik dan dokumen. GDrive juga membenarkan anda mengakses fail anda dari mana sahaja, samaada daripada dekstop, pelayar web mahupun telefon bimbit.

Oleh kerana ianya tersenarai pada Google Pack, boleh dikatakan bahawa produk akhir GDrive bakal didatangkan dalam bentuk perisian yang mana memudahkan anda mengakses dan menyimpan fail anda pada GDrive. Oleh kerana penerangan mengenai GDrive menunjukkan bahawa ianya boleh diakses melalui pelayar web dan telefon bimbit, mungkin perisian ini hanya sebagai salah satu medium tambahan untuk memudahkan pengguna. Walaubagaimanapun, kita tunggu sahaja GDrive daripada Google ini.

Beberapa produk tambahan yang kelihatan melalui fail tersebut adalah seperti GalleryPlayer HD, Google Video Player, dan Accelerator.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd