Cari @ Amanz

Setelah memperkenalkan GMail versi offline sebelum ini, hari ini, beberapa pengguna mendapati bahawa kini Google Apps menawarkan Google Calender dalam bentuk offline. Sama seperti biasa, anda perlukan Google Gears untuk membolehkan anda menggunakannya dalam bentuk offline.

Google Calender Offline
Pilihan Google Calender Offline [via]

Sebelum ini, kebiasaannya, para pengguna Google akan mendapat akses dulu kepada fungsi baru sebelum ianya diperkenalkan kepada pengguna Google Apps. Melalui Google Calender versi offline, anda boleh mengakses senarai atur acara anda melalui pelayar web tanpa memerlukan sebarang sambungan internet. Walaubagaimanapun, anda tidak boleh mencatatkan atur cara baru ataupun memadam senarai atur yang sedia ada, sama seperti aplikasi-aplikasi offline lain yang ditawarkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd