Cari @ Amanz

Mungkin ramai yang ternanti-nanti fungsi untuk melayari laman web menggunakan skrin penuh pada Google Chrome. Dan menariknya, perkara ini telah pun direalisasikan oleh pihak pembangun Chrome melalui versi terbaru pelayar web mereka, Chrome 2.0.166.1.

Untuk melayari laman web dalam skrin penuh, anda hanya perlu tekan butang F11 pada papan kekunci, dan seterusnya, anda sudah dapat melayari laman web dengan menggunakan skrin penuh. Mungkin fungsi ini tidak begitu berguna untuk para pengguna yang menggunakan laptop dan desktop seperti kita. Namun, ianya amat berguna pada pengguna netbook, disebabkan skrin mereka yang amat kecil.

Google Chrome 2.0.1.166.1
Google Chrome 2.0.166.1

Selain daripada itu, Chrome 2.0.166.1 juga menyelesaikan beberapa perkara lain seperti double-klik pada tab tidak membesarkan lagi saiz tetingkap, menyelesaikan masalah Google Earth, menyelesaikan masalah penggunaan bahasa Vietnam dan banyak lagi perkara.

Walaubagaimanapun, ianya adalah versi pembangun, dan bukannya versi stabil. Untuk mula menggunakannya, anda perlu terlebih dahulu melanggani saluran pembangun Google Chrome.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd