Cari @ Amanz

Hari ini menandakan hari yang terburuk untuk Google apabila sistem enjin carian mereka menghadapi masalah, dan sekaligus menandakan kesemua laman sebagai berbahaya untuk dilayari. Perkara ini berlanjutan hampir selama 15 minit, dan kini telah pun kembali normal semula. Sehingga kini masih tiada lagi sebarang berita daripada pihak Google berkaitan dengan kejadian tersebut.

Hasil Carian Google
Hasil Carian Google Yang Di Labelkan Bahaya [via]

Setiap hasil carian yang dipertontonkan memperlihatkan sebuah mesej yang mengatakan laman tersebut mungkin mempunyai aplikasi yang mana boleh mengancam sistem komputer anda, sekaligus membuat pautan ke laman StopBadware.org.

Kejadian ini menimpa kesemua orang diseluruh dunia tidak kira pelayar web apa yang digunakan. Ramai yang menggunakan kesemua aplikasi berasaskan internet untuk menyebarkan mengenainya, termasuk Twitter dan Flickr. Tidak kurang juga laman blog yang mula menulis mengenainya.

Kredit : TechCrunch

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd