Cari @ Amanz

Hari ini buat julung kalinya, Malaysia mencipta sejarah apabila secara rasminya menayangkan filem animasi 3D pertama negara. Walaupun sebelum ini pernah ditayangkan beberapa filem animasi, Geng : The Adventure Begins (Geng : Pengembaraan Bermula) merupakan filem animasi yang amat berkualiti dan menggunakan 3D sepenuhnya, dan dibangunkan oleh anak-anak tempatan dibawah jenama Les Copaque.

Ada sesuatu yang mengganggu ketenteraman Kampung Durian Runtuh. Penduduk kampung menyebarkan cerita tentang kewujudan suatu makhluk yang menggerunkan menjelang waktu malam, namun tiada siapa yang berani mencari kebenaran disebaliknya…

Sehinggalah Badrol dan Lim, serta rakan-rakan baru mereka terjerumus ke dalam misteri tersebut tanpa disengajakan. Seekor haiwan aneh yang tidak diketahui asalnya, menjalin persahabatan dengan Rajoo dan membawa mereka semua ke suatu pengembaraan, jauh ke dalam hutan hujan Malaysia yang penuh dengan hidupan liar, termasuk seekor ular gergasi yang mistik. Sertai mereka, dalam mengungkap misteri dan merentasi cabaran di sekitar keindahan panorama flora dan fauna Malaysia. [via]

Menariknya, Les Copaque juga ada menyediakan video-video ketika pembangunan Geng : Pengembaraan Bermula ini untuk tatapan orang ramai. Menurut Khai, dalam video pembangunan ini mereka menggunakan perisian Autodesk 3D Max dan juga Adobe Premier.

Geng: Di Sebalik Tabir (Bahagian 1)

Geng: Di Sebalik Tabir (Bahagian 2)

Geng: Di Sebalik Tabir (Bahagin. 3)

Anda boleh mengikuti banyak lagi video-video berkaitan Upin dan Ipin serta Geng : Pengembaraan Bermula pada saluran rasmi mereka di YouTube.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd