Cari @ Amanz

WordPress 2.7.1 baru sahaja dikeluarkan baru-baru ini, yang mana semestinya memperlihatkan pembangunan WordPress 2.8 sudah pun dimulakan. Sebelum ini pun, pihak pembangun WordPress sudah melakukan sedikit bancian berkenaan apa yang dikehendaki dalam WordPress versi seterusnya itu.

Ryan Boren, salah seorang pembangun terkemuka WordPress menulis didalam blog miliknya berkenaan dengan perkara baru yang bakal diperkenalkan dalam WordPress 2.8 kelak. Antara perkara utama yang bakal dipertingkatkan dalam WordPress 2.8 adalah peningkatan prestasi pangkalan data, dan juga masa loading script. Selain itu, mereka juga bakal memperkenalkan fungsi memasang tema terus daripada panel admin WordPress sama seperti yang dibuat untuk plugin sebelum ini. Dengannnya, mungkin anda kelak boleh terus melakukan carian tema dan memasangnya pada blog anda dengan mudah.

Walaubagaimanapun, masih belum diumumkan mengenai tarikh keluarannya kelak. Sama-sama kita nantikan WordPress 2.8 kelak.

P.S: Singapura dalam perancangan untuk mengadakan acara khas untuk para pengguna WordPress, Movable Type, Type Pad dan platform blogging lain tidak lama lagi. Malaysia pula bila lagi?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd