Cari @ Amanz

RC (Release Candidate) pertama untuk Windows 7 sudah mula kelihatan melalui versi pembangunan terbarunya, iaitu Build 7048. Walaubagaimanapun, masih tiada sebarang paparan antaramuka dan tidak tersebar disebarang laman torrent lagi. Beberapa sumber mengatakan bahawa ianya hanya diberikan akses kepada beberapa orang yang terpilih sahaja untuk mencubanya terlebih dahulu.

Para pencuba tersebut, dikatakan mendapat Windows 7 dengan label 6.1.7048.winmain_win7rc1.090211-1625, yang mana menunjukkan bahawa ianya adalah Build 7048 dan dilabelkan sebagai RC1. Data-data yang didapati melalui label tersebut adalah seperti tarikh ianya dibina, iaitu 11 Februari 2009, pada pukul 4.25 petang. Perkara ini telah diketahui terlebih dahulu oleh para pengguna forum JCXP.

Sebelum ini terdapat dua lagi versi pembangunan yang kelihatan, iaitu Build 7022 dan juga Build 7032. Mulai dari Build 7032, beberapa fungsi-fungsi baru mula diperlihatkan oleh Microsoft. Microsoft juga ada menawarkan muat-turun versi beta Windows 7 secara percuma kepada para pengguna mulai 10 Januari 2009 sehingga 12 Februari 2009. Build 7048 ini telah dibangunkan sehari sebelum muat-turun Windows 7 Beta ditamatkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd