Cari @ Amanz

Selepas lama kedengaran berita mengenai penjenamaan semula Live Search kepada Kumo, hari ini paparan antaramuka pertama Kumo mula kelihatan. Selain daripada itu, Kumo juga bakal diuji oleh para pekerja Microsoft terlebih dahulu sebelum ianya mula diuji oleh para pengguna yang lain.

Kumo
Paparan Antaramuka Kumo.com [via]

Pengenalan Kumo merupakan salah satu rancangan Microsoft untuk memasuki semula arena enjin carian, yang mana pada masa kini meletakkan Live Search dibelakang Google dan Yahoo!. Sebelum ini, perancangan Microsoft untuk memiliki enjin carian Yahoo! gagal. Microsoft juga mula memberi perhatian dalam kajian dan pembangunan enjin carian, melalui Viveri. Kumo dan Viveri dikatakan dua perkara berbeza. Sebelum ini, Microsoft mengatakan bahawa teknologi Viveri mungkin akan diaplikasikan dalam enjin cariannya, sekiranya teknologi yang dibangunkan mendapat komen yang membina daripada para pengguna.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd