Cari @ Amanz

Selepas Facebook Connect dilancarkan bagi memudahkan para pengguna meninggalkan komen di laman pihak ketiga, kini Yahoo! dengan kerjasama JS-Kit memperkenalkan integrasi Yahoo! Updates pada JS-Kit. Pada masa sekarang, JS-Kit digunakan lebih 600 000 laman, termasuk AOL, Evite, dan Sun Microsystems.

Akaun Yahoo! Pada JS-Kit
Contoh Penggunaan Akaun Yahoo! Pada JS-Kit

Melalui kerjasama ini, JS-Kit mengintegrasikan akaun Yahoo! melalui penggunaan Yahoo! Social Directory API dan Yahoo! Updates API, yang mana melaluinya, ia membolehkan JS-Kit untuk memperlihatkan nama samaran (nickname) pada Yahoo!, dan menggunakan avatar Yahoo! pada komen. Menariknya, JS-Kit juga menggunakan OAuth yang mana amat menyakinkan penggunaan akaun Yahoo! di laman pihak ketiga.

Anda boleh memasang JS-Kit dengan mudah pada blog anda tidak kira samaada Blogspot ataupun WordPress, mahupun memasangnya pada sebarang laman dengan amat mudah sekali.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd