Cari @ Amanz

Mungkin buat masa ini, ramai sudah mengetahui akan perancangan Microsoft untuk memperkenalkan enjin carian baru, dengan hasrat untuk memperbaiki kedudukannya didalam arena enjin carian. Nama kod yang digunakan buat masa ini adalah Kumo, dan mungkin ianya akan digunakan sebagai nama akhir kelak. Beberapa sumber mengatakan, Microsoft bakal membelanjakan antara $80 hingga $100 juta untuk memasarkan enjin carian barunya itu kelak.

Kumo.com
Halaman Utama Kumo.com [via]

Buat masa ini, Microsoft sudah pun memulakan percubaan enjin carian barunya itu di peringkat dalaman, dan dijangka akan memperkenalkan enjin cariannya kepada orang ramai pada bulan Jun 2009 kelak. Ianya dijangka, Microsoft bakal memasarkan dalam pelbagai medium, termasuk melalui iklan TV, iklan dalam talian, radio, dan juga didalam media cetak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd