Cari @ Amanz

Setelah sekian lama, para pembangun Android memperkenalkan versi pengenalan untuk Android 1.5, yang mana bakal di lepaskan tidak lama lagi. Versi 1.5 memperkenalkan API yang mana menyokong fungsi papan kunci, pengenalan suara (speech recognition), panambah-baikkan antaramuka, peningkatan prestasi dan banyak lagi.

Pengenalan API ini juga bakal menguntungkan pihak Google sendiri, seperti penggunaan Google Maps API dan YouTube API dan pelbagai servis Google yang lain lagi. Antaramuka Android juga bakal menerima sedikit penambah-baikkan dan peningkatan prestasi.

Android, selain daripada untuk telefon bimbit, turut dibangunkan oleh beberapa syarikat untuk digunakan pada netbook. Sekiranya perkara ini terjadi, Google bakal turut serta dalam komuniti sumber terbuka dan bersaing secara sihat bersama-sama dengan Microsoft dan Apple dalam arena sistem operasi komputer.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd