Cari @ Amanz

Selain Windows 7, Microsoft juga turut sama giat membangunkan aplikasi pejabatnya yang baru, Office 2010, yang mana dahulunya menggunakan nama kod Office 14. Menariknya, Office 2010 juga bakal menyokong Vista dan XP, selain Windows 7 yang bakal dikeluarkan hujung tahun ini.

Office 2010 juga bakal didatangkan dalam dua variasi, iaitu dalam bentuk 32-bit dan juga 64-bit. Kini, Microsoft memberi perhatian kepada komputer 64-bit, dan dijangka Windows 8 kelak akan dikeluarkan dalam hanya variasi 64-bit, memandangkan teknologi komputer yang membangun dengan pantas sekali pada hari ini.

Microsoft juga turut sama mengumumkan yang mana beberapa pengguna terpilih akan mendapat peluang untuk melihat dan mencuba Office 2010 mulai daripada bulan Julai 2009 ini. Anda juga boleh mendaftarkan diri untuk mencuba Office 2010 pada bulan Julai kelak, namun tiada kepastian berapa ramai yang akan kelak dipilih oleh Microsoft. Microsoft juga melancarkan laman Office 2010 The Movie yang mana mengguna pakai teknologi Silverlight untuk memaparkan kandungannya.

Beberapa hari sebelum ini, pihak pembangun OpenOffice telah mengeluarkan versi baru mereka yang memperlihatkan pelbagai peningkatan dari pelbagai segi. OpenOffice adalah antara aplikasi pejabat yang paling banyak diguna pakai selepas Microsoft Office.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd