Cari @ Amanz

Bagi yang mengikuti perkembangan berita pemasaran internet tempatan, mungkin anda pernah terdengar akan NiagaKit. NiagaKit yang sebelum ini merupakan salah satu tema khas untuk WordPress yang sesuai digunakan untuk proses jual beli, kini diberi nafas baru sebagai NiagaKit 2.0.

NiagaKit
Antaramuka Sistem Pengurusan NiagaKit

NiagaKit 2.0 yang dibangunkan oleh Team Flarebiz ini bakal menggunakan sistem pengurusan mereka sendiri yang dibangunkan khas oleh mereka. Ianya bakal menyediakan antaramuka yang menarik dan mudah bagi kedua-dua pihak, pengguna dan juga pentadbir. Para pengguna boleh dengan mudah melihat semua produk dan melakukan urusan pembelian dengan pantas dan mudah. Selain itu, pentadbir laman web (atau penjual) boleh mentadbir dan menguruskan ke semua pelanggannya dan juga produk mereka dengan mudah, melalui antaramuka web yang amat mudah sekali.

NiagaKit
Antaramuka Laman Utama NiagaKit Untuk Para Pelanggan

Ianya dijangka akan dilancarkan dalam masa terdekat ini. NiagaKit 1.0 dijual pada harga RM500, dan para pembeli sebelumnya, akan mendapat kemaskini percuma kepada versi 2.0, dan ianya akan mula dijual kepada yang lain dalam masa terdekat ini. NiagaKit 1.0 sebelum ini hanyalah merupakan sebuah tema khas untuk WordPress, yang mana mengubah WordPress anda menjadi sebuah kedai online.

Selain NiagaKit, anda juga boleh mencuba Magento CMS atau OS Commerce untuk pengurusan sistem kedai dalam talian anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd