Cari @ Amanz

Setelah memperkenalkan fungsi extension untuk Google Chrome sebelum ini, kini Chrome melangkah selangkah lagi ke hadapan dengan memperkenalkan fungsi sokongan tema untuk pelayar webnya. Anda kini boleh melihat thumbnail ke direktori tema Chrome pada versi Chrome 3.0.196.2.

Tema Chrome
Thumbnail Pada Chrome

Sekiranya anda mengemas-kini pelayar web Chrome anda kepada versi terkini, iaitu 3.0.196.2, anda akan dapat melihat dua thumbnail tambahan yang diperlihatkan secara automatik, iaitu thumbnail ke laman Google Chrome dan juga ke laman Google Chrome Themes Gallery. Walaubagaimanapun, halaman tersebut masih belum boleh diakses buat masa ini.

Tema Chrome
Contoh Tema Chrome

Sekiranya anda ingin mencuba fungsi tema pada Chrome anda, anda kini boleh memuat-turun dua jenis tema yang dibangunkan oleh Google sendiri, yang mana diberi nama theme.crx dan juga theme2.crx buat masa ini. Anda boleh memuat-turun dan mencubanya pada pelayar web Chrome anda dengan mudah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd