Cari @ Amanz

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, hari ini, IdeaBuzz mula beraksi di alam maya dengan menyediakan tiga video sebagai permulaan. IdeaBuzz menggunakan WordPress sebagai platform utamanya, disamping menggunakan hos pihak ketiga seperti Vimeo untuk mengehos video mereka.

IdeaBuzz
Antaramuka Laman IdeaBuzz

IdeaBuzz bakal menyediakan video baru setiap hari Isnin yang mana bakal dikategorikan mengikut 4 kategori, iaitu Acara, Ulasan, Tutorial, dan lain-lain. Untuk permulaan ini, mereka menyediakan video ulasan Wolfram Alpha, video pengenalan IdeaBuzz, dan juga tutorial untuk membaca beberapa laman web serentak dengan cepat dan mudah.

IdeaBuzz masih baru lagi di alam maya, dan akan dipenuhi dengan video-video ilmiah dan informatik dalam masa-masa akan datang. Anda boleh melanggan kepada RSS-nya untuk mengikuti dengan lebih dekat kemaskini semasa IdeaBuzz. IdeaBuzz dibawakan oleh Syed Syahrul Zarizi, yang mana turut sama membangunkan laman Sireh dan Cengkeh.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd