Cari @ Amanz

Baru tempoh hari aMaNz menulis berkenaan dengan direktori tema untuk pelayar web Chrome, dan kini Direktori Tema Chrome sudah boleh diakses, dan para pengguna sudah boleh memilih tema yang disukai daripada 29 tema yang disediakan khas untuk Chrome 3.0 dan ke atas.

Tema Chrome
Contoh Tema Chrome

Walaupun bukan semua tema kelihatan menarik, namun ianya memperlihatkan yang mana Chrome juga boleh menggunakan tema sama seperti Firefox. Namun begitu, ianya mungkin lebih menarik sekiranya pihak pembangun Chrome juga turut sama menyediakan aplikasi seperti Personas untuk memudahkan pengguna mereka bentuk tema untuk Chrome.

Untuk mula menggunakan Chrome pada pelayar web anda, anda perlu menggunakan Chrome versi 3.0 ke atas. Versi-versi sebelum 3.0 masih belum disokong buat masa ini, dan mungkin tidak akan disokong.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd