Cari @ Amanz

Celcom kini menjadi syarikat telekomunikasi pertama tempatan yang memperkenalkan dan membolehkan para penggunanya mengemaskini maklumat seperti status, mesej, tambah rakan, tulis nota dan sebagainya secara terus melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Facebook Via SMS

Untuk menggunakan kemudahan tersebut, para pengguna Celcom akan dikenakan bayaran sebanyak RM1 untuk seminggu, sekaligus membolehkan para pengguna Celcom mengemaskini maklumat mereka tanpa sebarang akses kepada internet. Facebook yang kini menjadi laman sosial terkemuka di Malaysia telah menambat hati Celcom untuk memperkenalkan servis ini.

Untuk mula menggunakannya, anda hanya perlu menghantarkan SMS dengan menulis “F” ke 32665, dan seterusnya mereka akan menerima balasan dengan kod pengesahan untuk diaktifkan di laman Facebook. Maklumat lanjut berkenaan cara pengaktifannya dan cara penggunaan Facebook Via SMS ada diterangkan di laman Channel-X.

Sekiranya anda bukan merupakan pengguna Celcom, anda masih boleh mengemaskini status di Facebook anda dengan mudah dan lebih murah, dengan mengintegrasikannya bersama-sama dengan Twitter.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd