Cari @ Amanz

Walaupun masih sedang membangunkan Firefox 3.6 (Namoroka), Mozilla telah selangkah kehadapan dengan membuat perancangan untuk Firefox 4.0. Melalui peta masa yang disediakan oleh Mozilla, ianya memperlihatkan yang mana Firefox 4.0 bakal menemui para pengguna pada suku tahun ketiga atau keempat 2010 kelak.

Peta Masa Mozilla 4.0
Peta Masa Mozilla

Seperti yang diketahui sebelum ini, Mozilla Firefox 4.0 bakal membawakan antaramuka dan rekabentuk serba baru, selain membolehkan pengasingan proses untuk tab baru, pengintegrasian JetPack dan juga Mozilla Weave. Sebelum Firefox 4.0 dilepaskan secara rasminya, dua lagi kemaskini pelayar web Firefox akan dikeluarkan, iaitu Firefox 3.6 dan juga Firefox 3.7.

Firefox 3.6 dijangka akan dilepaskan pada hujung tahun ini, dan Firefox 3.7 pula dijangka akan dilepaskan pada suku tahun pertama atau kedua tahun hadapan. Menariknya, selepas ini, setiap kemaskini akan dilepaskan bersama-sama dengan Mozilla Fennec, iaitu pelayar web Firefox versi mudah alih.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd