Cari @ Amanz

Seperti yang sedia maklum, kata kunci Merdeka gagal menjadi topik terhangat di Twitter. Namun begitu, hari ini, kata kunci Selamat Hari Raya dan juga Syawal 1430H menjadi antara topik terhangat di Twitter, selain daripada topik Ramadhan dan Sidang.

Twitter Syawal
10 Topik Terhangat Di Twitter

Hal ini sebenarnya bukan dijayakan oleh orang Malaysia sahaja, tetapi dijayakan bersama oleh orang Indonesia sekali. Hampir 4 topik yang dibincangkan di Twitter pada masa sekarang adalah berkaitan dengan AidilFitri esok. Kata kunci Sidang pula adalah berasal daripada Indonesia, iaitu penetapan AidilFitri esok, manakala Ramadhan terhasil kerana hari ini merupakan hari terakhir Ramadhan, selain Syawal 1430H dan Selamat Hari Raya adalah disebabkan perayaan AidilFitri esok hari.

Sebelum ini Nizar pernah menjadi antara topik terhangat di Twitter ketika berlakunya masalah perebutan kuasa di Perak tempoh hari.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd