Cari @ Amanz

Setelah memperkenalkan AVG 9.0 tempoh hari, hari ini, versi percuma antivirus popular ini turut dikemaskini kepada versi terkini, iaitu AVG Free 9.0, yang mana membawakan perlindungan asas daripada virus dan juga spyware untuk sistem operasi Windows.

AVG Free 9.0
Antaramuka AVG 9.0 Yang Lebih Kurang Sama Dengan AVG 8.0 [via]

Hampir 80 juta pengguna menggunakan aplikasi perlindungan daripada AVG ini, dan untuk melindungi mereka daripada virus dan spyware yang mana boleh mengganggu sistem operasi mereka, AVG memperkenalkan beberapa fungsi baru dari masa ke semasa. Salah satu fungsi baru adalah LinkScanner, yang mana melindungi anda daripada melayari laman-laman yang berbahaya dan disyaki mempunyai virus atau malware.

Selain daripada itu, AVG Free 9.0 kini menyokong sepenuhnya Windows 7 yang mana bakal dilepaskan hujung bulan ini kelak. Prestasi penggunaan juga dipertingkatkan, sekaligus mengurangkan penggunaan sumber tenaga komputer anda. Anda boleh memuat-turun AVG Free 9.0 yang bersaiz lebih kurang 72MB dan mencubanya pada kompuer anda secara percuma.

Tips oleh AsBlogger. Hantarkan tips berita teknologi terkini kepada @AmanFirdaus

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd