Cari @ Amanz

Jikalau sebelum ini dua aplikasi iPhone khas diperkenalkan, iaitu Aplikasi 1Malaysia dan juga Aplikasi CiMB Bank, hari ini, aplikasi bernama MyEyes dibawakan khas kepada para pengguna iPhone dimana melaluinya anda boleh mengetahui keadaan semasa trafik secara masa-nyata.

MyEyes
Antaramuka Aplikasi iPhone MyEyes [via]

Aplikasi MyEyes ini membolehkan anda mengetahui keadaan semasa trafik secara masa-nyata daripada kamera CCTV trafik yang mana boleh dilihat daripada laman-laman terkemuka seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, PLUS, dan juga Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Untuk menggunakannya, anda hanya perlukan iPhone atau iPod Touch dengan keupayaan sambungan WiFi atau 3G. Anda seterusnya boleh melihat keadaan semasa trafik pada iPhone anda dengan mudah, dan anda hanya perlu lihat pada masa yang dinyatakan pada aplikasi tersebut untuk memastikan keadaan semasa yang diperlihatkan itu adalah tepat.

Anda boleh mendapatkan aplikasi iPhone ini secara terus daripada laman iTunes.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd