Cari @ Amanz

Windows 7 Beta yang diumumkan akan diberikan secara percuma sebelum ini, kini ditangguhkan buat sementara waktu. Hal ini kerana, trafik pengunjung yang tinggi serta keinginan para pengguna untuk mencuba Windows 7 Beta telah meninggikan load pada server Microsoft. Kini, Microsoft dalam proses menaik-taraf infrastuktur mereka, sebelum mengumumkan tarikh baru untuk para pengguna memuat-turun dan mencubanya.

Selain itu, pada laman TechNet yang mana menyediakan muat-turun Windows 7 32-bit dan 64-bit sebelum ini, hanya menayangkan mesej bahawa mereka sedang menaik-taraf server mereka, dan akan membolehkan para pengguna memuat-turun secepat mungkin.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd