Cari @ Amanz

Yahoo! menjadi antara yang terawal dengan membawa kandungan internet kepada televisyen. Yahoo! telah pun membuat perjanjian dengan beberapa syarikat pembuat televisyen seperti Samsung, LG, Vizio dan Sony untuk membolehkan widget Yahoo! dipaparkan pada televisyen, sekali gus menikmati kandungan internet diruang tamu anda.

Yahoo! Connected TV
Widget Pada Televisyen

Yahoo! Connected TV
Flickr Pada TV melalui Yahoo! TV Connected

Melalui TV yang mempunyai widget daripada Yahoo!, anda boleh melihat beberapa kandungan internet pada televisyen anda, sambil sedang menonton rancangan kegemaran anda. Sebagai contoh, anda boleh mengikuti pasukan bola sepak kegemaran anda, melihat saham, berkongsi gambar, melihat video dari web dan sebagainya. Anda juga boleh menambah beberapa widget TV spesifik seperti eBay, MySpace, YouTube, Twitter dan sebagainya dan mendapat akses pantas kepada kandungan dari laman-laman tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd