Cari @ Amanz

Tahukah anda bahawa setiap komputer yang dipasang untuk wakil rakyat kita di Dewan Rakyat bernilai RM11,916 setiap satunya, atau hanya kurang RM84 untuk menjadi RM12 ribu. Komputer yang didatangkan dengan kebolehan skrin sentuh bernilai sehingga RM11,233 setiap satu, dan tambahan RM320 dibayar untuk papan kekunci dan juga tetikus, selain RM363 untuk hard disk 80GB.

Komputer tersebut baru sahaja dipasang, iaitu sebelum sidang parlimen yang bermula Oktober 19 tempoh hari. Komputer tersebut dipasang untuk kesemua 222 wakil rakyat, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM2,645,352. Ini memperlihatkan yang mana perbelanjaan untuk komputer yang dilakukan tidak masuk akal sama sekali.

Yang menjadi persoalan adalah mengapa pihak parlimen terlebih dahulu tidak melakukan kajian sebelum membuat pembelian, dan adakah semua pembelian dilakukan buta-buta oleh mereka dengan menggunakan wang rakyat?

Melalui harga barangan komputer terkini, kita dapat lihat harddisk berkapasiti 160GB hanya bernilai RM135, manakal untuk wang yang parlimen belanjakan, mereka boleh dapat harddisk Seagate SATA2 berkapasiti 1TB dan masih boleh menjimatkan wang sebanyak RM63. Malah, harga tetikus dan papankekunci tanpa jenama boleh diperolehi pada harga bawah RM20.

imac
Apple iMac 27-inch

Apple iMac yang didatangkan dengan monitro 27-inch, processor 2.66GHz Intel Core i5, memori 4GB, harddisk berkapasiti 1TB, Apple Magic Mouse, ATI Radeon HD 4850 grafik dengan 512MB semua hanya berharga RM6999 dan sekiranya beli dalam kuantiti banyak, mungkin ianya masih boleh dikurangkan.

Kemaskini : Ianya dikatakan bahawa selalunya pembelian barangan oleh kerajaan akan disertakan sekali bersama-sama dengan sokongan dan maintanence.

Via : TheStar

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd