Cari @ Amanz

Hari ini Google telah mengumumkan bahawa dalam beberapa minggu lagi, mereka akan menutup pilihan untuk memuat-naik video pada laman Google Video.

Walaubagaimanapun, kandungan video yang lama tidak akan dibuang sama sekali dan akan kekal untuk ditonton dan di-embed pada blog atau website. Sekiranya anda ingin memuat-naik video selepas itu, anda perlu ke laman YouTube, dan mungkin ianya akan diredirect secara automatik.

Sejak YouTube diambil-alih perhatian terhadap Google Video sebagai pengehos video telah berubah menjadi enjin carian video. Kini, Google ingin lebih memberikan perhatian dalam pembangunan teknologi enjin carian videonya, dan sekaligus menghentikan muat-naik video ke dalam Google Video.

Sebelum ini, Google telah memperkenalkan fungsi muat-naik video pada Picasa pada bulan Oktober yang lalu. Fungsi muat-naik video pada Google Video mungkin akan dibuang mulai beberapa minggu akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd