Cari @ Amanz

Seperti sedia maklum, Belanjawan 2010 menekankan berkenaan jalur lebar, dan kini, TM telah pun dalam fasa pertama pembangunan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) yang mana telah pun sedia untuk diperkenalkan pada suku tahun pertama 2010 di Bangsar, TTDI, Subang Jaya dan Shah Alam.

Buat masa ini, sebanyak 122 buah kediaman di sekitar Bangsar, Taman Tun Dr. Ismail, Subang Jaya dan Shah Alam terlibat dalam fasa percubaan jalur lebar berkelajuan tinggi ini, sebelum ianya ditawarkan kepada lebih ramai pengguna dalam masa terdekat ini. TM menjangkakan yang mana mereka akan menyelesaikan kesemua kerja menaik-taraf fizikal ini menjelang akhir tahun hadapan, membolehkan kesemua pengguna mengikuti dan menggunakan jalur lebar berkelajuan tinggi.

Sehingga kini, difahamkan yang mana TM telah pun bersedia dan telah memasang infrastuktur persediaan yang diperlukan untuk jalur lebar berkelajuan tinggi ini yang mana boleh menyokong sehingga 143,000 premis dan kediaman. Mereka turut mensasarkan untuk mencapai angka 150,000 menjelang akhir tahun ini. Berdasarkan kelengkapan fasa pertama projek jalur lebar negara, TM menjangkakan yang mana kira-kira 1.3 juta premis dan kediaman akan dapat mengakses jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) menjelang tahun 2012.

Di fahamkan, sebanyak 122 kediaman yang terlibat dalam fasa ujian ini sedang menikmati sambungan internet berkelajuan sehingga 15Mbps, yang mana didatangkan bersama-sama dengan pakej Suara, Video dan Data, yang mana harga perkhidmatan ini akan diumumkan dalam masa terdekat ini oleh TM.

HSBB menjanjikan kelajuan akses rangkaian yang lebih pantas dari kelajuan terpantas Jalur Lebar untuk Masyarakat Umum yang kini ditawarkan pada kelajuan sehingga 4Mbps oleh perkhidmatan sedia ada TM, Streamyx.

HSBB juga mensasarkan prestasi rangkaian yang menyeluruh dan unggul, termasuk lebar jalur antarabangsa – berdasarkan pelaburan TM dalam pelbagai sambungan dasar laut, termasuk rangkaian kabel Asia-America Gateway, yang baru diaktifkan pada 10 November 2009. [Bernama]

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd