Cari @ Amanz

Jikalau sebelum ini kita sedia maklum yang mana para penyedia sambungan jalur lebar tanpa wayar mengenakan had penggunaan internet, dimana bandwith yang digunakan mempunyai had masing-masing, kini perkara tersebut turut diadaptasi pada servis TM Streamyx, yang turut mengehadkan penggunaan internet para penggunanya.

Walaupun ianya masih tiada sebarang makluman rasmi, selain daripada notis ringkas pada laman web mereka, beberapa pengguna kini sudah pun mula mengadu yang mana kelajuan penggunaan internet mereka sudah pun mula menjadi perlahan, dan suatu perkara yang sama antara semua pengadu adalah, mereka semuanya merupakan pengemar muat-turun dan sering muat-turun fail daripada internet.

Buat masa ini, masih tiada sebarang informasi berkenaan had penggunaan bandwith oleh para pengguna Streamyx, namun beberapa ura-ura mengatakan yang mana ianya adalah sebanyak 10GB sebulan. Panggilan kepada pihak TM tidak dijawab, dan ianya menjadi sukar untuk kami mengesahkan perkara ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd