Cari @ Amanz

Seperti yang dikatakan sebelum ini, kini, para pengguna WordPress.org sudah boleh mengemaskini pemasangan WordPress mereka kepada versi terkini, iaitu WordPress 2.9 yang diberikan nama kod “Carmen”. Para pengguna boleh mengemaskini secara automatik melalui panel pentadbir, mahupun secara manual dengan memuat-turun fail WordPress2 2.9.

Seperti yang dikatakan sebelum ini, WordPress 2.9 membawakan pelbagai perkara dan fungsi baru dalam dunia blog menggunakan WordPress, iaitu;

  • Fungsi Trash dan Undo – Kini, setiap perkara yang anda padam, seperti artikel dan komen, ianya akan dimasukkan kedalam Trash, dimana anda boleh mengembalikannya kembali dengan mudah sekiranya diperlukan kelak.
  • Editor Imej Asas – Anda kini boleh memutar, mengecilkan, dan membiat beberapa perkara asas pada imej atau gambar yang dimuat-naik oleh anda dengan mudah melalui WordPress.
  • Kemaskini Plugin Dengan Mudah – Kini anda boleh mengemaskini kesemua plugin pada masa yang sama tanpa perlu kliknya satu-satu seperti sebelum ini.
  • Masukkan Video Dengan Mudah – Kini, anda hanya perlu memasukkan URL video sahaja, dan ianya akan dimasukkan secara automatik, dimana buat masa ini, ianya menyokong laman-laman video terkemuka seperti YouTube, Daily Motion, Flickr, Viddler, Google Video dan banyak lagi.

Selain daripada itu, sokongan SEO juga menjadi lebih baik dalam WordPress 2.9 dengan sokongan rel=canonical. Selain daripada itu, anda juga boleh menambah beberapa perkara pada kotak pendaftaran dengan mudah sekali. WordPress 2.9 turut membawakan pelbagai fungsi menarik yang lain, yang mana anda boleh membacanya dengan lebih lanjut pada laman WordPress itu sendiri, ataupun memuat-turunnya terus, dan mencubanya, dan mengalami pengalaman sebenar menggunakan WordPress.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd