Cari @ Amanz

Pembangunan WordPress 2.9 kini sudah pun mencapai fasa-fasa terakhir, dimana hari ini pihak pembangun WordPress sudahpun mengumumkan pelepasan WordPress 2.9 RC1. Walaupun mereka berpendapat ianya sudah seperti selesai, mereka masih memintak supaya para pengguna mencubanya terlebih dahulu, dan melaporkan sebarang masalah pada pihak WordPress.

Seperti yang diberitahu sebelum ini, beberapa ciri-ciri baru, termasuklah fungsi Trash, dimana semua artikel dan komen yang dipadam akan ditempatkan, selain fungsi editor imej, dan beberapa perkara baru yang lain.

  • Fungsi “Trash” – Kini, setiap artikel atau komen yang dipadam, akan dimasukkan ke dalam “trash” yang mana melaluinya, anda boleh menyelamatkan kembali perkara yang dibuang. Fungsinya lebih kurang sama seperti Recylce Bin pada sistem operasi Windows.
  • Editor Imej Asas – WordPress 2.9 bakal menyertakan editor imej dengan fungsi-fungsi asas seperti mengecilkan imej, memutarkannya dan sebagainya secara terus melalui dashboard WordPress.
  • Post Thumbnails – Anda boleh menambah imej yang mana akan dipaparkan secara automatik sebagai thumbnail dengan mudah.
  • Sertakan Media dengan Mudah – Kini fungsi memasukkan media seperti video dan sebagainya disertakan ke dalam WordPress 2.9 tanpa perlu gunakan plugin tambahan. Dengannya, anda hanya perlu masukkan URL untuk media seperti YouTube, Google Video dan sebagainya, dan ianya akan memasukkan secara automatik ke dalam artikel anda.

Sekiranya semuanya berjalan lancar, WordPress 2.9 akan dilepaskan kepada umum pada penghujung minggu ini. Bagi para pengguna yang tidak sabar akan menunggu pelepasan WordPress 2.9 untuk mencubanya, anda boleh memuat-turun WordPress 2.9 RC1 dan mencubanya hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd