Cari @ Amanz

Setelah melepaskan WordPress 2.9 tempoh hari, hari ini, pihak pembangun WordPress kini,, sudah pun melepaskan WordPress 2.9.1 Beta 1 yang mana menyelesaikan beberapa masalah kecil pada WordPress 2.9. Selain daripada itu, kita juga akan dapat menyaksikan WordPress 3.0 dilepaskan pada tahun hadapan yang bakal membawakan pelbagai perkara baru.

WordPress 2.9 dikatakan menimbulkan masalah pada sesetengah versi extension PHP Curl, dan WordPress 2.9.1 Beta 1 ini menyelesaikan perkara tersebut bersama-sama dengan beberapa masalah berkaitan dengan konfigurasi hosting yang berkait dengannya. Anda boleh memasangnya secara automatik dengan menggunakan plugin WordPress Beta Tester, mahupun muat-turunnya secara berasingan dan memasangnya secara manual.

Selain daripada itu, halaman bagi WordPress 3.0 kini telah pun dibina, dan senarai idea baru telah pun mula diterima buat masa ini. Masih tiada tarikh sebenar bila mana WordPress 3.0 akan dilepaskan kelak. Namun begitu, beberapa perkara yang mungkin kita dapat lihat pada WordPress 3.0 kelak adalah seperti:

  • Tema Baru Untuk 3.0 (#9015) – WordPress sudah sekian lama menggunakan Kubrick, dan perkara ini berkemungkinan besar akan digantikan dengan tema baru yang lebih kemas dan cantik.
  • Kebolehan Memilih Nama Pengguna (#10396) – Buat masa ini, WordPress dipasang dengan nama pengguna yang ditetapkan sebagai Admin. Perkara ini mungkin berubah dengan pengenalan fungsi memilih nama kelak ketika proses pemasangan.
  • Menggunakan HTML5 (#11301) – Berkemungkinan besar, Gears akan dibuang dan digantikan dengan kebolehan HTML5 yang disokong oleh pelayar web.

Buat masa ini, masih tiada sebarang berita berkaitan WordPress 3.0, dan senarai idea sedang diterima oleh pihak pembangun untuk dianalisa dan disertakan dalam versi tersebut kelak. WordPres 3.0 kelak akan dilepaskan pada tahun 2010.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd