Akaun Twitter Di Ceroboh Masuk

Akaun Twitter Di Ceroboh Masuk

Diterbitkan pada Jan 6, 2009 oleh .

Pagi semalam, pihak Twitter mengenal pasti lebih kurang 33 akaun Twitter diceroboh oleh individu yang tak bertanggungjawab. Antara akaun yang diceroboh adalah akaun milik Barack Obama dan beberapa yang lain. Akaun-akaun yang dikenal pasti diceroboh, telah digantung buat sementara dan kini diberikan kembali akses kepada tuan punya akaun tersebut.

Isu ini dikatakan tiada kaitan dengan isu phishing yang berlaku beberapa hari sebelum ini. Akaun Twitter ini diceroboh oleh seorang individu yang tidak bertanggungjawab menggunakan tool-tool Twitter sedia ada yang digunakan oleh pihak pertolongan Twitter untuk membantu pengguna seperti menukar emel dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, pihak Twitter telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan menhentikan penggunaan tool-tool tersebut buat sementara waktu, dan dijangka akan mengambil langkah mengatasi perkara ini.


TIPS & ULASAN