IE8 Bakal Diedarkan Melalui Windows Update

IE8 Bakal Diedarkan Melalui Windows Update

Diterbitkan pada Jan 8, 2009 oleh .

Microsoft telah mengumumkan bahawa mereka bercadang untuk mengedarkan IE8 melalui Windows Update. Ini mungkin salah satu cara untuk menaikkan semula peratus penggunaan pelayar web Internet Explorer yang mengalami penurunan baru-baru ini.

Windows Update
Windows Update Pada Windows XP

Kemaskini kepada IE8 akan dikeluarkan sebagai kemaskini yang penting untuk kesemua sistem operasi Windows. Ianya akan diperlihatkan melalui Windows Update sebaik sahaja IE8 dikeluarkan oleh Microsoft. Ianya masih belum diketahui bilakah IE8 akan menemui para pengguna, tetapi dijangka akan dikeluarkan dalam bulan Mac atau April.

Walaubagaimanapun, mungkin organisasi besar atau orang perseorangan ingin mencubanya terlebih dahulu ataupun membaca ulasan mengenainya terlebih dahulu sebelum memasangnya pada komputer mereka. Untuk mengelakkan IE8 dipasang melalui Windows Update, anda boleh memasang IE8 Blocker Toolkit. Ianya boleh digunakan untuk Windows Vista, XP dan juga Windows Server 2008 dan Windows Server 2003.


TIPS & ULASAN