Google Chrome 2.0 Dalam Pembangunan

Google Chrome 2.0 Dalam Pembangunan

Diterbitkan pada Jan 9, 2009 oleh .

Google Chrome 2.0.156.1 membawa pelbagai perubahan dan memperkenalkan beberapa fungsi-fungsi baru untuk para penggunanya. Google Chrome 2.0 ini menggunakan WebKit versi baru, lebih baru daripada yang digunakan oleh Safari 3.1.

Chrome 2.0
Tetingkap About Pada Google Chrome 2.0

chrome_profail
Fungsi Profail Pada Chrome 2.0

Antara perkara baru yang diperkenalkan melalui Google Chrome 2.0 adalah seperti:

  • Form Autocomplete. Chrome akan mengingati semua perkara yang anda taip pada sesuatu laman web. Anda boleh menutup fungsi ini pada Minor Tweak dibawah Options.
  • Zoom. Chroem 2.0 juga membawa fungsi zoom yang diperbaiki daripada sebelumnya, dimana kini kesemua perkara di zoom serentak supaya laman web tersebut tidak kelihatan janggal dan pelik.
  • Autoscrool. Kini anda boleh aktifkan fungsi autoscroll dengan klik butang tengah pada tetikus anda.
  • SafeBrowsing. Fungsi ini diperbaiki dan lebih pantas daripada sebelumnya.
  • Enjin Javascript V8 yang telah dinaik taraf kepada 0.4.6.0
  • Penggunaan Profail. Kini anda boleh menggunakan profail berlainan, dengan bookmark, history dan cookies yang berlainan pada komputer yang sama.
  • Untuk mula mencubanya, anda hendaklah melanggan kepada saluran pembangun Chrome. Google Chrome 2.0 masih dalam pembangunan dan mungkin terdapat beberapa kecacatan.


    TIPS & ULASAN