Cari @ Amanz

Sebelum ini, sudah terdapat beberapa ura-ura yang mana Live Search bakal dijenamakan semula. Hari ini, pada CES 2009, Microsoft sendiri telah mengumumkan bahawa mereka dalam perancangan untuk menjenamakan semula Live Search. Selain itu, Steve Ballmer telah mengesahkan bahawa “kerjasama” dengan Yahoo! masih dalam sasaran mereka.

Sebelum ini, beberapa ura-ura telah mengatakan bahawa Live Search bakal dijenamakan semula sebagai Kumo. Kumo merupakan salah satu perkataan Jepun yang membawa maksud labah-labah dan juga lebih relevan kepada cloud-computing. Walaupun Microsoft telah mengesahkan mereka dalam perancangan untuk menjenamakan semula enjin carian mereka, masih belum terdapat sebarang pengesahan mengenai Kumo dan sebarang nama yang bakal digunakan kelak.

Selain itu, CEO Microsoft, Steve Ballmer telah mengatakan bahawa pemilikan enjin carian Yahoo! masih berada dalam sasaran mereka. Sebelum ini, CEO Yahoo, Jerry Yang telah mengistiharkan bahawa beliau bakal meletakkan jawatan sebagai CEO Yahoo!, dan CEO baru dalam pencarian. Jerry Yang telah menolak tawaran Microsoft pada tahun lepas, dan menjalinkan kerjasama bersama Google, yang mana tidak kekal lama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd