F.E.A.R 2 Demo PC Bakal Keluar Bulan Ini

F.E.A.R 2 Demo PC Bakal Keluar Bulan Ini

Diterbitkan pada Jan 10, 2009 oleh .

Sekiranya anda pernah bermain permainan F.E.A.R, tentunya anda tidak sabar menunggu sekuelnya yang mana dijangka akan dikeluarkan pada bulan Februari ini dengan tajuk F.E.A.R 2 – Project Origin. Menariknya, pihak Warner Bros dijangka akan mengeluarkan FEAR 2 versi demo untuk PC dalam bulan Januari ini. Demo untuk PS3 juga dijangka akan dikeluarkan pada pertengahan bulan ini.

F.E.A.R
Antaramuka Permainan F.E.A.R – First Encounter Assault Recon [via]

F.E.A.R. 2: Project Origin merupakan antara permainan yang ditunggu-tunggu untuk tahun 2009 ini, dimana bentuk permainannya adalah FPS, sama seperti permainan Counter-Strike. Selain itu, faktor kejutan dan seram pada permainan FEAR ini amat menarik minat para pemainnya.

F.E.A.R. 2: Project Origin dibangunkan oleh Monolith Productions Inc dan dipasarkan oleh Warner Bros. Ianya kelak boleh dimainkan di platform Xbox 360, PS3, dan juga PC dengan Microsoft Windows. Ianya dijangka akan menemui para pengguna di US pada 10 Februari, dan Eropah pada 13 Februari. Masih tiada sebarang berita berkaitan tarikh pelancarannya di Malaysia.


TIPS & ULASAN