Cari @ Amanz

Sekiranya anda mengikuti perkembangan internet dan web tanah-air, mungkin anda sudah mengetahui mengenai Blogtitude yang mana dahulunya dibangunkan oleh Happy People Media. Setelah offline buat beberapa ketika, kini ianya muncul kembali dengan beberapa perkara yang diperbaharui, dan kini ianya dibangunkan oleh DataKluster.

HappyPeopleMedia dan DataKluster
Logo HappyPeopleMedia dan juga Logo DataKluster

Sebenarnya, orang-orang dibelakang Happy People Media dan juga DataKluster adalah orang yang sama sama. Cuma, mulai tahun ini, mereka telah memecahkannya kepada dua divisyen, iaitu satu untuk rangkaian blog dan satu lagi khas untuk pembangunan aplikasi web.

Kembali kepada kisah Blogtitude, ianya merupakan sebuah web aggregator. Ia menyenaraikan catatan-catatan (feeds) yang terkini dan menarik dari blog-blog yang berdaftar dengannya. Selain itu, ianya juga menyediakan pilihan untuk berkongsi artikel bersama rakan-rakan yang lain, mengundinya naik, atau memadam artikel tersebut. Walaubagaimanapun, fungsi-fungsi ini masih dalam percubaan, dan tidak boleh digunakan lagi.

Blogtitude
Antaramuka Laman Blogtitude

Blogtitude yang pernah mencecah versi 2.0 pada suatu ketika dahulu, kini dimulakan kembali. Kini ianya berada dalam versi delta, yang mana bermaksud masih dalam pembangunan. Beberapa fungsi dan perkara yang masih dalam pembangunan disenaraikan disebelah tepi laman web tersebut, yang mana antaranya adalah seperti:

  • Merekabentuk semula logo Blogtitude.
  • Menyediakan fungsi carian, sekaligus menjadi enjin carian blog-blog tempatan.
  • Mengintegrasikan kawasan ahli bersama dengan Facebook Connect.
  • …dan pelbagai perkara lagi.
  • © 2024 Amanz Media Sdn Bhd