Muat-Turun Windows 7 Sekarang

Muat-Turun Windows 7 Sekarang

Diterbitkan pada Jan 11, 2009 oleh .

Selepas mengalami masalah dengan server mereka 24 jam yang lepas, kini Microsoft telah membuka kembali ruangan muat-turun Windows 7 kepada orang ramai. Selain daripada itu, had 2.5 juta muat-turun yang dikenakan sebelum ini juga dibuang oleh Microsoft.

Sebelum ini, Microsoft mengehadkan muat-turun Windows 7 hanya kepada 2.5 juta orang pengguna sahaja. Walaubagaimanapun, untuk 2 minggu seterusnya (sehingga 24 Januari), had ini dibuang, dan ianya dibuka kepada seberapa ramai yang ingin mencuba Windows 7.

Walaubagaimanapun, ianya masih dalam peringkat beta, dan mungkin terdapat beberapa kecacatan atau fungsi yang masih belum boleh digunakan sepenuhnya. Anda dinasihatkan tidak memasangnya pada komputer utama anda. Muat-turunnya hari ini dan cuba sistem operasi terbaru daripada Microsoft ini.

Kredit : Awqi_Zar


TIPS & ULASAN