Cari @ Amanz

Mungkin ramai yang sudah mengetahui mengenai import dan eksport data blog dari Blogspot ke servis blog hos yang lain. Untuk membolehkan anda berpindah, data tersebut terlebih dahulu perlu diubah (convert) supaya ianya bersesuaian dengan medium blog yang lagi satu. Untuk itu, Google telah memperkenalkan Google Blog Converters.

Projek sumber terbuka ini membolehkan para pengguna dengan mudahnya mengubah artikel dan komen pada blog mereka dari suatu servis ke servis yang lain. Ianya membolehkan anda mengubah fail dari format Blogger kepada Movable Type, WordPress, dan Live Journal. Perkara sama juga boleh dilakukan sebaliknya, dimana data daripada Movable Type, WordPress dan Live Journal boleh diubah kepada format Blogger.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd