Aplikasi Sempena Filem Geng Dari Flavert Media

Aplikasi Sempena Filem Geng Dari Flavert Media

Diterbitkan pada Jan 13, 2009 oleh .

Pembangun aplikasi berasaskan Flash, Flavert Media Lab telah pun mengeluarkan wallpaper dan screensaver khas untuk telefon bimbit sempena dengan tayangan khas filem animasi 3D Malaysia pertama, Geng The Movie. Aplikasi tersebut terbahagi kepada tiga, iaitu countdown untuk tarikh tayangan Geng The Movie, sinopsis filem, dan juga watak dan perwatakkan dalam filem 3D tersebut. Kesemuanya ini dimainkan secara rawak pada telefon bimbit anda.

Geng The Movie Mobile ScreenSaver
Antaramuka dan Rekabentuk ScreenSaver Mudah-Alih Geng The Movie [via]

Dua jenis mode berbeza dikeluarkan, iaitu WallPaper dan ScreenSaver. Sekiranya telefon bimbit anda tersenarai dalam senarai telefon bimbit yang disokong oleh aplikasi ini, maka anda boleh memuat-turunnya dan mencubanya.

Sebelum ini, Flavert Media Lab pernah membangunkan aplikasi majalah mudah alih untuk telefon bimbit, dan juga al-Quran untuk PSP. Flavert Media Lab juga pernah bekerjasama bersama beberapa syarikat terkemuka, disamping menyertai BarCamMalaysia pada tahun lepas. Ianya dimulakan oleh tiga anak muda yang amat meminati Flash. Mungkin pada masa depan, lag banyak aplikasi menarik berasaskan Flash yang bakal dibangunkan oleh tiga anak muda ini.

Kredit : InfoMalaya


TIPS & ULASAN