Cari @ Amanz

Google hari ini telah memperkenalkan akses pantas ke enjin carian mereka untuk platform Mac. Ianya masih lagi dalam peringkat pembangunan, dan versi stabil masih belum lagi dikeluarkan. Sebelum ini, Google pernah memperkenalkan Google Mobile App untuk iPhone.

Google Quick Search
Google Qucik Search Untuk Mac

Melaluinya, anda boleh melakukan carian tanpa menggunakan pelayar web, dan mendapatkan hasil carian anda dengan lebih pantas. Aplikasi yang dijalankan pada desktop ini masih lagi dalam pembangunan, dan sekiranya anda ingin mencubanya pada Mac anda, anda boleh mendapatkannya daripada laman Google Code.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd